Last update06:02:46 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kanan 13 MEI 2013 DETIK PERPADUAN

13 MEI 2013 DETIK PERPADUAN

  • PDF

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kesyukuran pada tanggal tarikh dalam sejarah Malaysia iaitu pada 13 Mei 1969 yang pernah mencetuskan 'ketegangan' kaum di dalam negara sebaliknya pada pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 ini rakyat bersatu padu di belakang  Pakatan Rakyat (PR)

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata semangat perpaduan yang lahir sekarang amat baik. Katanya, PAS akan mendokong dan memimpin perpaduan dengan semua kaum sepertimana slogan yang pernah diperkenalkan iaitu'PAS for All'.

“Kami yakin ianya akan meruntuhkan benteng 'perkauman sempit' yang cuba dibawa oleh pihak-pihak tertentu. Kami yakin pendekatan pimpinan tertinggi PAS khasnya selama ini membolehkan rakyat pelbagai kaum sudah mula menerima perjuangan PAS kini.

“Kami di dalam Pemuda khasnya akan terus memastikan sejarah hitam yang telah berlaku tanggal 13 Mei 1969 dahulu tidak akan merosakkan perpaduan di dalam negara kita berasaskan kepada rukunegara dan perlembagaan. Kepada yang 'menjadi penyumbang' kearah kerosakkan perpaduan di dalam negara kita wajar ditolak dan diketepikan terutamanya di dalam rakyat memilih mereka menjadi pemimpin. Kami menyeru anak muda khasnya agar mengamalkan pendekatan politik sihat dan tidak sempit di dalam memelihara perpaduan dalam negara kita,” katanya.