Last update12:34:14 PM GMT


You are here Utama Berita Berita Kiri Anwar umum Ibrahim Menudin di parlimen Labuan

Anwar umum Ibrahim Menudin di parlimen Labuan

  • PDF
PAPAR, :Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tan Seri Ibrahim Menudin sebagai calon KEADILAN bagi parlimen P166 Labuan.

Beliau mengumumkan pencalonan tersebut di hadapan lebih 500 hadirin pada satu majlis di Kampung Kawang, Papar semalam.

Tan Seri Ibrahim Menudin adalah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah yang menyertai KEADILAN pada September 2012.

Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.

Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.

Menurut pimpinan KEADILAN Sabah, pencalonan Ibrahim di Labuan memberikan petanda perubahan yang besar berikutan pengaruhnya dalam kelompok perniagaan di negeri ini.

Pada 3 April lalu, Timbalan Presiden KEADILAN Mohamed Azmin Ali memaklumkan, KEADILAN meletakkan calonnya di parlimen Labuan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.

Parlimen Labuan adalah satu daripada tiga kawasan parlimen Wilayah Persekutuan, selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.