Last update06:02:46 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kiri Malaysia hero perjanjian damai, negara diceroboh

Malaysia hero perjanjian damai, negara diceroboh

  • PDF


Najib Razak seolah-olah hendak menjadi juara dalam konflik rantau ini, sedangkan tidak menghadam dinamik politik di negara tempat dianjurkan perjanjian antara dua pihak.

"Kita seolah-olah hendak menjadi juara dalam isu ini. Sedangkan kita tak tahu apa dinamik politik dan pergolakan yang berlaku di Mindanao dan selatan Thailand," kata Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khattab.

Ketika negara sedang dibolosi penceroboh, Najib masih mahu menunjukkan kepada dunia kononnya dia mampu menyelesaikan konflik dan menganjur keamanan di tempat lain.

Beliau merujuk tindakan Najib yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan pejuang pembebasan di selatan Thailand, 28 Februari lalu.

Sebelum itu pada Oktober 2012, Najib menjadi penganjur kepada perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)

Memetik laporan portal berita Filipina, Iquirer Globalnation menyatakan, Sultan Sulu, Jamalul Kiram menghantar kumpulannya masuk ke Sabah kerana hak Kesultanan Sulu diketepikan ketika perjanjian damai antara Manila dan pejuang Islam Moro di Mindanao.

"Apakah kita (Malaysia) nak jadi hero atau Pak Sanggup sebagai orang tengah?" soal Hadi.