Last update03:09:36 PM GMT


You are here Utama Berita Berita Kiri Kelewatan FTA, EU 'kurang gembira' dengan Najib

Kelewatan FTA, EU 'kurang gembira' dengan Najib

  • PDF


Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan rasa 'sangat kurang gembira' dengan sikap Najib Razak yang berlengah sehingga dua tahun sejak 2010 dalam rundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Malaysia.

"Sepatutnya tidak ada isu (sebab) untuk ia dilengahkan. Mengikut tempoh masa, seawalnya dalam tempoh dua tahun. Kami merasa sangat kurang gembira.

"Rundingan kebiasaannya mengambil dua tahun. Ini disebabkan rundingan kompleks dibandingkan dengan negara yang lebih mesra di rantau ini atau di rantau lain.

"Kami tidak boleh memulakan semula," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam pada itu, Luc Vandebon turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama erat dengan Pakatan Rakyat sekiranya menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik.

"Kami berharap kami dapat melanjutkan rundingan dalam masa terdekat. Kami akan meneruskan perkara yang membawa manfaat, kerana Malaysia ialah rakan FTA dengan Kesatuan Eropah.

Beliau terdahulu bersama delegasi mengadakan mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Tian Chua dan Biro Perdagangan, Wong Chen.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, antara perkara dibincangkan termasuk sokongan EU terhadap integrasi ASEAN yang positif dalam pembinaan blok EU-ASEAN-FTA.

"Malaysia ialah negara dagang dan memerlukan tindakan efektif untuk dilaksana bagi meningkatkan perdagangan.

"Falsafah kami berhubung perkara ini adalah mengangkat prinsip keadilan dalam perdagangan bebas dan persaingan sama rata, kata Anwar.