Last update06:02:46 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kiri TERENGGANU : CALON PAS PARLIMEN KUALA NERUS AKAN BERTUKAR ?

TERENGGANU : CALON PAS PARLIMEN KUALA NERUS AKAN BERTUKAR ?

  • PDF

 

Parlimen Kuala Nerus mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri iaitu Tepoh, Bukit Tunggal, Telok Pasu dan juga Seberang Takir. Penyandang kerusi Dun Bukit Tunggal sekarang adalah dari PAS iaitu Dr Alias Razak manakala 3 Dun lagi PAS tewas kepada UmnoBn.

Sebelum ini PAS menduduki kerusi Parlimen Kuala Nerus pada tahun 1999-2004 begitu juga bagi Dun Tepoh dan Telok Pasu. Tetapi pada PRU 10 dan 11 PAS tewas di 2 Dun tersebut.

Terkini beberapa calon Dun dan termasuk calon Parlimen bagi PAS bakal bertukar sementara hanya bagi calon Dun Seberang Takir masih dikatakan akan meletakkan Ustaz Zakaria Dagang dan Dun Tepoh juga akan menampilkan calon baru dari kalangan Dewan Pemuda PAS. Untuk Dun Bukit Tunggal pula penyandang sekarang masih kekal dan bagi Dun Telok Pasu PAS masih mahu mengekalkan anak bekas wakil rakyat kawasan berkenaan iaitu Ustaz Ridwan Hashim.

Yang sedang diperkatakan sekarang ialah calon bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus ini kerana calon 2 penggal lalu iaitu Cikgu Shukrimun Shamsudin pernah kalah kepada calon UmnoBn pada 2 penggal 2004 dan 2008. Rata-rata ahli dan penyokong PAS bersetuju jika kali ini pada PRU 13 PAS meletakkan calon baru dari kalangan Dewan Ulama ataupun mana-mana tokoh negeri yang sesuai.

Calon PAS yang sedang diperkatakan selain dari Cikgu Shukrimun selaku Ketua PAS kawasan kini dan  juga antara nama yang disebutkan  ialah Ustaz Abu Bakar Abdullah bekas YDP PAS Kuala Nerus dan juga bekas ADUn 2 penggal Dun Tepoh.

Selain itu Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kuala Nerus iaitu Ustaz Ismail Dagang juga turut disebutkan sebagai calon yang agak popular di kawasan berkenaan yang aktif mengadakan kuliah ilmu dalam kawasan Kuala Nerus dan sekitarnya.

Kemungkinan pada kali ini PAS akan meletakkan calon dari kalangan ulama untuk bertanding merebut Parlimen Kuala Nerus bagi menyaingi Umno.

PAS mempunyai pengaruh dan kekuatannya dalam Parlimen Kuala Nerus juga merangkumi empat Dun yang berada dalamnya.