Last update07:40:55 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kanan Razifi dedah Penyelewengan disiasat OSA, Najib bebas

Razifi dedah Penyelewengan disiasat OSA, Najib bebas

  • PDF


Tangkak, Johor, 14 Julai : Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar mendedahkan kepada rakyat Johor,   Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli disoal siasat di bawah Official Secrets Act (OSA) akibat mendedahkan rahsia di bawah akta tersebut.

“Inilah yang berlaku di Malaysia, yang bersalah tidak disiasat dan didakwa tetapi orang yang berkata benar dengan bukti yang kukuh diheret dan disiasat, sungguh memalukan cara pengurusan pentadbiran Malaysia yang semakin korup dan Ku Li Ku Tu (Kelam Kalibut)”, kata Nurul Izzah .

Menurut  beliau Rafizi telah mendedahkan pembabitan syarikat Thales dalam tiga bidaan yang membayangkan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian kontrak kerja-kerja tambahan LRT Ampang.

Satu dokumen yang menunjukkan George Kent sebuah syarikat tempatan sebagai penghubung antara Thales dengan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya nak tanya kepada rakyat kaum Thioghua yang hadir, adakah anda semua tahu Siapa George Kent?”.

“Georgent Kent orang yang buat meter paip bukan LRT, apakah Najib tak tahu?. Dia tak dapat beza sistem LRT dan Sistem meter padu air ke?” soalnya.

Laporan  yang di dedahkan Rafizi dirujuk sebagai penilaian teknikal oleh Halcrow untuk projek tersebut dan mendakwa Thales akan memenangi bidaan berkenaan. Juga didedahkan bagaimana Thales didakwa terlibat dalam tiga usahasama membida untuk projek berkenaan.

Tiga firma itu termasuk konsortium George Kent-Wijet-Thales yang dinyatakan akan dipertimbang walau gagal dalam penilaian teknikal.

Dakwa Nurul lagi, kesemua peraturan dilanggar bagi memberi kelebihan kepada Thales.

"Soalnya, siapa lagi yang boleh membuat arahan ini melainkan ia berada bawah naungan perdana menteri?" tanyanya

Nurul Izzah merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai menambah, Rafizi juga disoal siasat atas dakwaan Thales adalah sebuah syarikat Perancis yang kini disiasat oleh pihak berkuasa negara tersebut atas tuduhan membayar rasuah kepada pihak-pihak tertentu yang rapat dengan Kerajaan Malaysia dan bekas Menteri Pertahanan, Najib dalam urusan pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Setakat ini, dokukmen-dokumen yang dikemukakan di mahkamah Perancis menunjukkan bahawa syarikat yang didakwa itu membuat sekurang-kurangnya satu pembayaran berjumlah RM144 juta (32 juta Euro) kepada Terasasi, syarikat yang dimiliki oleh penasihat kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda.

Menurutnya, apa yang berlaku di Malaysia, setiap hari rakyat Malaysia di momokkan media-media Umno mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai  kesilapan pembangkang,Umno sahaja yang betul tetapi hakikatnya tidak.

"Sudah jelas siapakah menjalin hubungan dengan  negara Asing, Australia, Amerika, England. Siapakah yang mengamalkan rasuah, penyelewengan kewangan negara. Semuanya kerja-kerja Perdana Menteri dan pimpinan tertinggi Umno.

“Saya minta agar rakyat Johor membuat perubahan dalam PRU 13 nanti.  Rakyat Johor harus sedar isu tanah melayu  yang telah dijual Umno perlu diambil pengajaran. Jangan biarkan harta rakyat, hak rakyat di rompak oleh UMNO untuk kesenangan peribadi dan kroni-kroni mereka sahaja," katanya.

Beliau kata demikian    dalam Majlis Makan Malam Demi Rakyat yang dihadiri ribuan kaum Thiaghoa, disitu.

Selain Majlis Makan Malam Demi Rakyat, ceramah kelompok PKR juga diadakan di Sikijang malam tadi.

Dalam ceramah itu Nurul mengingatkan rakyat dengan kata-kata Sasterawan Negera, Pak Samad, “ Ini Negara kita, tak siapa boleh ambil hak kita, ini negara Malaysia, kita wajib berjuang habis-habisan untuk selamatkan Malaysia yang kita sayangi”.

Hadir sama, Mantan calon pilihanraya kecil Cikgu, DUN Tenang Normala Sudirman,  Shuhaimi Shafie (PKR) dan Faizul Salleh ( kepimpinan Pemuda PAS Johor).